Monday, March 2, 2015

Bagaimana Kita Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Kita?

Silapnya Kita

Bila sampai tarikh ulang tahun kelahiran kita @ Besday, apa kita bayangkan yang berlaku dalam rata-rata masyarakat Malaysia ?
- Adik beradik berkumpul, kawan-kawan atau jiran terdekat.
- Kek diletakkan di tengah ruang tamu. Beserta lilin yang masih menyala dengan jumlah mengikut umur kita.
- Topi kon, dan barang-barang parti yang lain.
- Lampu ditutupkan, ramai-ramai menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You', Besday Boy meniupkan lilin sehingga terpadam, lampu dibuka beserta sorakan dari tetamu.
- Dan jamuan bermula berupa kek, makanan ringan, dan lain-lain.

Sedar tak sedar, rupanya kita telah melakukan kesilapan besar ketika sampai hari kelahiran kita. Kenapa?

First, kita lihat balik dari mana datangnya budaya meniup lilin di atas kek. Ia datang dari barat, ya, tapi barat juga mengisahkan bahawa budaya itu berasal dari zaman Yunani, lilin-lilin dinyalakan di atas kek sebagai upacara keagamaan adalah sebagai simbolik melambangkan dewa bulan mereka, bernama Artemis.

Tak percaya? Sendiri kaji. Mengapa perlu menafikan fakta?

Jadi Hadis dengan sanad yang Shahih bermaksud :
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dikalangan mereka."

Islamkan Segalanya

Maka, kita sebagai Muslim, tidak layak kita meniru budaya orang lain. Salahkah menyambut hari lahir?. Tidak, jika diisi dengan perkara yang harus. Seperti mengadakan jamuan kenduri kesyukuran, kerana gembira mengingati hari kita dilahirkan. Dengan menjemput rakan-rakan, tetangga, dapat mengeratkan silaturrahim.

Kan semua itu dianjurkan dalam Islam. Cuma kita buat bukan secara lansung.

Nak lagi cantik, tambah dengan doa selamat. Semoga umur kita diberkati, amalan diterima. Isi dengan zikir kepada Allah, secara tidak lansung juga, kita dah menganjurkan majlis zikir kepada Allah. Majlis yang dipayungi malaikat. Bukan dengan nyanyian-nyanyian dari barat dan melalaikan.

Benarkah Rasulullah Menyambut Hari Lahir Baginda?

Tapi ingat, salah jika menganggap yang Rasulullah juga menyambut hari kelahiran Baginda. Rasulullah berpuasa pada hari Isnin sempena hari diangkat buku amalan, bukan kerana hari kelahiran Baginda.

Tapi Rasulullah gembira kerana hari diangkat buku amalan itu adalah hari Isnin, hari Baginda dilahirkan. Jadi jangan cepat menghadam maklumat yang dicedok dari internet bagai.

Kesimpulannya, Islam itu bukan agama yang susah. Tapi jangan ambil mudah dengan Islam. Apa yang dilarang, kita tinggalkan.

Friday, February 27, 2015

Sebuah Hadiah Kesungguhan

Rahmat memerhati Iman dari katilnya, berbaring sambil membaca, sambil-sambil mengalihkan pendengarannya kepada perbualan Iman bersama ibunya melalui telefon bimbit Samsung S3. Sesekali anak matanya sahaja tergerak kearah rahmat.

"Mak, sebenarnya duit belanja along dah nak abes ni. . . Ya, tapi kan yang tu untuk dua minggu lepas punya. . . Duit buku, organisasi, semua pakat minta duit la mak. . Ye ye mak, along akan berjimat.Okay, terima kasih mak. . Yee, waalaikumussalam."

Begitulah perbualan Iman, diselangi suara desus ibunya dari telefon bimbit. Sekalipun suara ibu Iman tidak jelas, tapi cukup untuk Rahmat menebak apa topik utama perbualan mereka.

Iman meletak telefon bimbit di tepi komputer ribanya.

"Okay, boleh sambung main, haha." Iman berdialog sendiri.

Sambil menarik kerusi mendekati meja belajarnya. Kedua tangannya kemas menaip di papan kunci komputer riba. Dari pagi hingga sekarang, hampir 4 jam dia bermain sebuah permainan video online, DOTA II, berterusan tanpa henti. Jari-jarinya pantas menaip berbual menerusi satu sistem perbualan dalam permainan DOTA II dengan pemain lain yang di dalam talian.

Iman dan Rahmat merupakan sahabat sejak berada di sekolah menengah, rumah mereka tidak jauh antara satu sama lain. Apatah lagi, Rahmat cukup kenal ibu bapa Iman yang hanya bekerja sebagai pesawah di kampung. Sehingga ditakdirkan, mereka menuntut ilmu di kampus yang sama, dan menetap di rumah sewa yang sama dengan beberapa kawan sekuliah mereka.

Rahmat mengeluh panjang, menutup bukunya yang tidak dapat dihadam sejak Iman mula menelefon ibunya. Kedua kakinya diturunkan dari katil dan dalam keadaan duduk di birai katil, Rahmat memulakan bicara.

"Iman, aku nak tanya ni?"
"Haaa, tanya la." Jawab Iman sambil tangannya masih ligat menaip.
"Kalau aku maki kau, kau marah tak?"
"Haha, kenapa tiba-tiba kau tanya macam tu?"
"Takde la, aku rasa macam nak maki kau sekarang."

Iman berhenti menaip, kepala dan badannya dialihkan kearah Rahmat, dengan muka yang separuh serius.

"Kenapa kau Mat, kau ada masalah ke, cuba cita kat aku" Niatnya ingin mengambil berat sahabatnya itu.
" Cuti mid-term hari tu, yang kau tak balik tu. Aku ke rumah kau, saja sembang-sembang dengan mak kau. Aku tengok dia, ceria macam selalu, tambah-tambah bila tengok sahabat anak dia datang melawat. Macam-macam yang ditanya tentang kau. Macam mana studynya. Rajin atau macam mana."
"Ye ke, habis tu apa kau kata?"
"Aku cakap la, yang kau study okay, macam biasa, kita sama-sama pergi kelas. Macam tu je la."
"Haaa, macam tu la sahabat. Haha" Iman tersenyum lebar.

"Tapi . . "
Senyuman Iman mati tatkala mendengar satu ungkapan pengecualian, seolah ada yang bakal mengganggu rasa seronoknya itu.

"Sampai bila aku nak bohong mak kau?. Mak kau expect kau rajin. Hidup seperti mahasiswa yang berkarisma. Tapi hari-hari kau isi dengan bermain game online kau tu. Buku jarang buka, apatah lagi Quran. Mak kau expect kau dalam kelas jadi mahasiswa yang proaktif. Tapi kadang-kadang tu kelas pun kau tak pergi akibat mengantuk main game sampai pukul 3 pagi." Sambung Rahmat.

Muka Iman berubah masam mencuka, seperti separuh mengalah, Iman kembali menatap skrin komputer ribanya dan tangannya kembali menaip perlahan.
"Alah, itu bukan urusan kau. Itu urusan aku dengan family aku, asalkan aku tak gagal. cukuplah dorang tahu aku kat sini okay-okay je. Yang penting tak de sapa family aku yang tahu macam mana aku kat sini."

"Mungkin sekarang mereka belum tahu, tapi kau kena tahu yang ALLAH itu maha mengetahui. Lebih bahaya jika pembohongan kau ni beterusan tanpa diketahui mak bapak kau. Istidraj namanya Man. Kalau mak bapak kau tak tahu kat dunia ni, akhirat nanti dorang suma bakal tahu. Apa kau nak jawab nanti? Kau boleh bayang penyesalan mak kau masa tu nanti?."

Sekali lagi Iman berhenti menaip, tapi badannya hanya kaku tidak beralih.

"Aku bukan apa, kesian tengok mak bapak kau, mereka susah payah perah keringat cari belanja buat kau kat sini, tapi kau seolah tak menghargai dorang, sekurang-kurangnya, cuba kau ganti titisan keringat dorang dengan air mata kegembiraan. Kau pun tahu, bila ibubapa seseorang redha terhadap anaknya, ganjaran apa lagi yang terbaik untuk anaknya selain syurga. Kegembiraan mak bapak kau itulah redha yang dicari."

"Aku ni sebagai sahabat ... "
"Mat, dah dah, yee aku faham apa kau nasihatkan tu." Iman mencelah sambil kepalanya tertunduk membelakangi Rahmat. Suasana sepi dalam berapa saat, Rahmat hanya memerhati.

"Aku nak ke beranda jap."
Iman bingkas bangun tidak menoleh kepada Rahmat menuju keluar beranda yang hanya besebelahan bilik mereka. Kelihatan Iman hanya memandang ke deretan rumah di depan sambil tangannya mengusap muka.

Rahmat hanya memerhati, melihat dari tingkap biliknya. Bila melihat ada titisan yang membasahi tangan kanan Iman ketika asyik mengusap muka, Rahmat hanya senyum sendirian. Dia cuma berdoa semoga ada hidayah ALLAH kepada Iman selepas mendengar tarbiah sentapnya. Sebagai sahabat, dia takkan mengabaikan Iman, baik di dunia maupun di akhirat.